Fikiran Yun Luofeng berubah gelap. Adakah dia kelihatan seperti seorang pembunuh? Selain itu, budak lelaki itu kelihatan begitu penakut. Bagaimana dia boleh melindungi Cik yang diberitahunya?
Ketika itu, seorang budak perempuan memanjat keluar daripada kolam berdekatan dan mengenakan pakaiannya dengan pantas. Wajahnya yang kecil kelihatan pucat dan air mata bertakung dalam kolam matanya.
"Adakah kamu pembunuh yang dihantar oleh perempuan jahat itu? Saya akan bayar dua kali ganda jumlah wang yang dia bayar kepada kamu. Boleh kamu lepaskan saya pergi?" Budak perempuan itu mengetap bibir kecilnya dan merenung penuh sayu kepada Yun Luofeng.
Budak perempuan itu berumur di sekitar enam tahun dan kelihatan sangat comel. Dia berkulit cerah dan matanya yang besar dan terang itu seperti batu akik hitam, bersinar dan berkilauan.
Hujung mulut Yun Luofeng menggerenyet dan dia menjelaskan, "Saya hanya lalu sahaja."