Yun Luoeng mendengus dengan wajah yang masam.
Urat dahu Yun Luofeng timbul dan berdenyut. "Pak Cik Kedua tersalah dengar, saya rasa lelaki itu cakap pesakit lama, bukan kekasih lama."
"Pesakit lama?" Yun Luo memandang curiga kerana dia tidak percaya penjelasan Yun Luofeng itu.
Yun Luofeng mengenyit mata ke arah Yun Qingya.
Yun Qingya faham maksud Yun Luofeng lalu berdeham dan tersenyum. "Ya, benar kata Feng'er. Saya yang tersalah dengar. Lelaki itu kata pesakit lama, bukan kekasih lama."
"Datuk dengar itu? Saya sudah cakap Pak Cik Kedua pasti tersalah dengar," Yun Luofeng mengangkat bahu, "Saya jumpa Chen Yuqing dulu, waktu saya pergi ke Kota Huangquan. Saya rawat penyakitnya, jadi mungkin dia datang ke sini untuk membalas budi. Hari sudah lewat dan saya perlu pergi."
"Pergilah!"
Yun Luo menjegil Yun Luofeng. "Jangan pulang ke sini melainkan kamu bawa Yun Xiao sekali dan berkahwin dengannya."