"Menurut isi kandungan surat ini, Empayar Tianhui telah lancarkan serangan pada Kerajaan Tianyun dan Jian Chengwen telah terkorban ketika cuba melindungi Ye Jingchen!"
Empayar Tianhui!
Yun Luofeng menggenggam surat itu, aura membunuh tampak jelas pada wajah cantiknya.
"Apa?" Qingshuang sangat terkejut. "Maksud kamu Jeneral Jian Chengwen dari Kerajaan Tianyun?"
Yun Luofeng mengangguk. "Dia telah dibunuh oleh askar-askar Empayar Tianhui."
Yun Luofeng telah minta Jian Chengwen untuk menjaga keluarganya, tetapi dia tidak sangkat Jian Chengwen lebih mementingkan janji itu berbanding nyawanya sendiri dan telah mengorbankan diri demi menunaikan janji itu. Genggaman Yun Luofeng bertambah erat semakin lama dia mengenang orang yang selalu memanggil dia Feng'er Kecil dengan penuh kasih sayang itu. Darah mengalir dari hujung jari Yun Luofeng, tetai dia langsung tidak perasan.
Benci?
Mana mungkin dia tidak membenci?