Memikirkan ini, Maharaja Long Yuan mengetap gigi. "Baiklah, saya janji, kalau kamu bantu saya satukan seluruh benua ini ke bawah pemerintahan saya, saya akan berikan kamu jed mohor saya."
"Haha."
Orang tua itu tersenyum misteri. "Kamu boleh lakukan apa sahaja, saya tidak akan campur tangan. Tapi saya boleh buat askar kamu jadi sangat kuat dan tidak terkalahkan."
'Kuat dan tidak terkalahkan?'
Mata Long Yuan bersinar. "Baiklah!"
Jika benar dia mampu memiliki askar yang kuat dan tidak terkalahkan, siapa lagi yang berani menentang dia dalam benua ini?
'Hahaha!'
Long Yuan semakin senang hati setiap kali memikirkan hal ini. Dia tidak berhenti ketawa dan suaranya ketawa bergema sampai ke langit...
Mendengar perbualan mereka, Isteri Agung Liu buat muka menyampahh dan cahaya licik berkilau pada matanya.
Diacepat-cepat mengarahkan pembantu di sebelahnya dan senyuman jahat terukir pada wajahnya.
...
Benua Tiada Kembali.