Gadis yang bercakap itu menjeling ke arah Ji Jiutian, wajahnya malu tetapi seakan mabuk cinta.
Andainya Ji Jiutian tidak wujud, kecantikan Ji Lan pasti akan menggemparkan dunia. Bagaimanapun, dengan adanya Ji Jiutian di dunia ini, Ji Lan tidak mampu menandinginya.
"Ketua Keluarga, tolong tuntut bela untuks aya."
Sebaik sahaja Lin You nampak Ji Lan, dia bergegas mendekatinya dan mula tersedu-sedu. "Kali ini, saya dengan penuh hormat menjalankan tugasan yang tuan saya berikan untuk menguruskan Pertandingan Tabib ini, tapi saya tidak sangka Yun Luofeng itu akan curi jawapan dan menjawab dua puluh soalan dengan betul dalam masa tiga puluh minit. Saya sedar kesilapan itu dan ingin batalkan penyertaan Yun Luofeng dari pertandingan ini, tetapi dia paksa saya untuk menyerahkan Buah Roh."
Nada suaranya sangat sayu, seolah-olah dia telah ditindas dengan cari paling teruk di dunia. "Saya enggan menuruti kehendaknya, jadi dia belasah saya sampai begini."
Tuan?