Di tengah malam.
Sebaik sahaja Yun Luofeng menolak pintu, dia ternampak Ji Jiutian sedang duduk di dalam biliknya sambil tangannya bermain dengan gelas arak.
"Kamu tidak tahu adab antara lelaki dan perempuan? Kenapa kamu masuk ke dalam bilik saya tengah-tengah malam begini?" Yun Luofeng bersandar malas pada rangka pintu dan tersenyum memerhati lelaki di dalam bilik itu.
Pakaian lelaki itu separuh terbuka, mendedahkan kulit putihnya yang menggiurkan. Di bawah sinaran bulan, kulitnya seakan berkilau menggoda.
Tidak dapat dinafikan lagi penampilan lelaki ini sememangnya mampu memukau orang. Setiap ciri-ciri tubuh dan ukiran senyuman membawa udara yang menggoda.
"Tangan kamu ada masalah?" Ji Jiutian bertanya sambil mengangkat kening dan menjeling tangan kanan Yun Luofeng.
Yun Luofeng tersentak dan tanpa sedar mengusap tangannya, senyuman tidak berubah. "Hari itu, saya paksa tingkatkan kekuatan saya dan kesannya tangan kanan saya jadi lumpuh.