Memang benar Lin You tidak layak berjumpa dengan tuannya kerana terlalu lemah…
"Kamu tidak layak untuk tahu identiti saya!" Mata lelaki yang lebar dan sepet itu menjeling ke arah Lin You, suaranya dingin dan kejam. Wajahnya gelap dan pandangan matanya sangat dingin membuatkan hati orang menggeletar.
Lin You tersentak ketakutan. Dia tidak berani memandang mata lelaki itu. Lelaki itu seakan baru turun dari neraka dan memandangnya sahaja seakan mampu memberi penyeksaan abadi.
"Tunggu dan lihat sahaja!" Matanya menggelap sambil dia mendengus dan melibas lengan bajunya. "Saya memang tiada hak untuk menolak kamu, tapi saya yang buat keputusan untuk Buah Roh. Kalau saya tidak serahkannya kepada kamu, kamu tidak akan dapat Buah Roh itu!"
Setelah berkata begini, Lin You berpusing ke belakang dan pergi dalam keadaan marahh.
Lelaki itu menyepetkan matanya, dingin memerhati Lin You pergi dengan senyuman mencemuh di bibirnya.