Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 1134 - Kemusnahan Tiga Keluarga Terkuat (4)

Chapter 1134 - Kemusnahan Tiga Keluarga Terkuat (4)

Cahaya berkilau pada mata Yun Luofeng sambil dia termenung. Setelah berfikir seketika di menoleh ke arah Mu Chu dan bertanya, "Kamu sudah uruskan adik kamu?"

"Ya." Sebaik sahaja mendengar soalan itu, rasa berterima kasih seakan melimpah dari mata Mu Chu. "Saya tidak tahu bagaimana hendak berterima kasih kepada kamu. Kalau bukan disebabkan bantuan kamu, saya dan adik saya pasti masih berada dalam kawalan Keluarga Wu."

"Kamu tidak perlu berterima kasih. Kamu cuma perlu guna kekuatan kamu untuk membalas budi." Yun Luofeng tersenyum santai. "Saya tidak sama dengan Ketua Keluarga Wu itu. Saya tidak rampas kebebasan kamu atau sekat bayaran kamu. Saya cuma ada satu permintaan sahaja, jangan sesekali mengkhianati Menara Tabib!"

Ayat yang terakhir itu dicerahkan lagi dengan niat membunuh yang bersinar dalam mata Yun Luofeng dan aura yang kuat dilepaskan, terlalu kuat sehingga membuatkan orang sukar bernafas.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS