Dewan Dalam Istana Diraja, bangunan tinggi.
Di dlam bilik bacaan diraja, Gao Tu sedang membaca
"Nampaknya kerja kamu sebagai Maharaja kali ini hanya duduk duduk sahaja? Kamu sudah lama tidak pergi ke sekta untuk melaporkan situasi."
Suara ini bagaikan sumpahan, membuatkan tubuh Gao Tu yang biasanya tenang, mengigil. Dia terus berdiri dari takhta maharaja itu dan berpusing menoleh ke belakang untuk melihat seorang gadis yang muncul di belakangnya.
Gadis itu memakai jubah hijau dengan tali pinggang berwarna jed terikat di pinggangnya dan kain kasa ungu menutupi seluruh tubuhnya. Dia berjalan meliuk ke tepi takhta maharaja lalu duduk seperti tiada siapa yang ada di situ.