Sap!
Selepas Yun Luofeng menyalurkan tenaga rohani ke dalam tubuh Lin Ruobai, tubuhnya tiba-tiba menggeletar dan sebatang paku tercabut. Bagaimanapun, masih ada ratusan paku rohani.
Paku-paku ini tercucuk ke dalam roh Lin Ruobai, jadi kesilapan kecil sahaja mampu merosakkan rohnya selamanya. Justeru itu, pergerakan Yun Luofeng sangat teliti dan berhati-hati.
Masa berlalu dengan pantas dan langit di luar penjara itu juga mula menggelap. Sehingga suatu masa, belakang Yun Luofeng basah dengan keringat, bajunya melekit ke tubuhnya.
Teh Susu menggenggam penumbuknya dan bimbang memandang Yun Luofeng. "Apa kata Tuan rehat sekejap. Kalau Tuan teruskan lagi, tubuh Tuan tidak akan dapat bertahan."
Yun Luofeng seakan tidak mendengar dan tenaga rohaninya tidak berhenti mengalir ke dalam tubuh Lin Ruobai tanpa mempedulikan kemungkinan yang tenaga rohaninya boleh habis.