"Biadap!" Nangong Qing menjerit marah. Setiap kali dia teringat anak yang telah manjakan dan letakkan seluruh harapannya ini rupa-rupanya anak luar nikah, kemarahan di dalam hatinya langsung meledak. "Pengawal, kurung Nangong Yunyi. Dia akan dihukum nanti!"
"Baik, Tuan Ketua!"
Mendengar arahan itu, dua orang pengawal datang dan memegang bahu Nangong Yunyi.
Nangong Yunyi angkat tangan dan menepis tangan mereka. Matanya dingin menjeling Nangong Qing sambil dia berkata dengan dingin, "Satu hari nanti, kamu akan menyesali perbuatan kamu hari ini!"
Selepas berkata begini, dia melibas lengan bajunya dan berjalan yakin sambil diiring rapat oleh dua orang pengawal itu. Apabila sampai sahaja di luar dewan itu, dia rasa kakinya seakan lumpuh dan peluh dingin membasahi belakangnya. Dia sebenarnya takut Nangong Qing bunuh dia disebabkan terlalu marah.