Lin Ruobai tunduk dan memandang budak kecil itu. Matanya masih merah tetapi wajahnya tidak lagi dingin tanpa emosi dan ia kembali bersinar seperti sedia kala.
"Kamu kata kamu mahu menyertai Menara Tabib?"
Budak kecil itu mengangguk serius. "Orang-orang Menara Tabib sangat baik dan orang-orang tiga keluarga terkuat pula jahat. Saya mahu menyertai Menara Tabib dan kalahkan orang-orang jahat."
Kali ini, ibunya tidak halang budak itu bercakap. Tidak kira betapa bodohnya dia, dia tetap mampu faham apa yang baru sahaja berlaku. Anaknya cuma berkata sedikit tentang tiga keluarga terkuat dan orang-orang yang seakan agung ini ingin bunuh anaknya. Kalau bukan disebabkan gadis dari Menara Tabib ini yang selamatkan anaknya dengan membahayakan nyawa sendiri, pasti dia sudah terpisah dengan anaknya.
Lin Ruobai tersenyum. Senyumannya disinari cahaya, terlalu bersinar sehingga ia menarik perhatian semua orang.