"Saya percaya apa yang tuan tua moyang tiga keluarga terkuat ini kata memang benar. Jelas sekali, perempuan ini telah menjadi iblis dan kalau kamu tengok matanya, memang sudah ketara cuma iblis sahaja yang ada mata begitu! Kalau dia tidak dibunuh, ramai orang yang akan ditimpa musibah!"
"Memang benar, sikapnya sangat ganas dan zalim dan perempuan ini memang patut mati! Demi keselamatan semu aorang, dia patut dibunuh!" Orang ramai mula menjerit dan menimbulkan kekecohan.
Bagi mereka, Lin Ruobai adalah iblis dan orang-orang daripada tiga keluarga terkuat adalah dewa yang akan menghapuskan iblis dan kejahatan!
Lin Ruobai kekal tanpa emosi berdiri di tengah-tengah tuan-tuan tua itu semua. Matanya merah sepenuhnya seolah-olah dibasahi darah dan ia sangat menggerunkan.