Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 1099 - Mengumumkan Autoriti (4)

Chapter 1099 - Mengumumkan Autoriti (4)

Perempuan yang berdiri di samping lelaki itu kelihatan sangat cantik jelita, matanya pula bersinar terang. Dia menjeling lelaki pertengahan usia itu sebelum menoleh kepada budak perempuan yang masih terkejut dan kaku di situ.

"Kamu tidak apa-apa?" Perempuan itu angkat budak itu dari tanah. Suaranya merdu seperti irama lagu dan menenangkan hati budak yang ketakutan itu.

"Yuan'er!"

Orang tua budak itu bergegas datang dengan wajah yang pucat. Jelas sekali, mereka masih lagi terkejut. Setelah memastikan anak mereka selamat dan tidak apa-apa, mereka menoleh ke arah perempuan itu.

"Terima kasih kerana sudah menyelamatkan anak kami."

Perempuan itu tersenyum pudar. "Maafkan kami. Menara Tabib telah menyusahkan kamu. Kalau kami tidak jemput orang-orang ini ke sini, anak kamu pasti tidak akan ditimpa bahaya ini. Oleh itu, kami memang patut melindungi dan menyelamatkan kamu."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag