"Nangong, sebenarnya, saya sudah menempuh banyak bahaya dan kepayahan selama ini. Saya buat semua ini dengan hanya satu matlamat, untuk teruskan hidup!"
Itu semua hanya semata-mata keinginannya untuk teruskan hidup!
"Saudara yang baik," Nangong Yunyi tepuk bahu Yun Luofeng dan mengangguk penuh tekad. "Saya tidak akan kecewakan kamu. Satu malam sahaja pasti akan cukup."
Yun Luofeng tersenyum melihat wajah penuh tekad Nangong Yunyi itu. "Saya cuma boleh bantu kamu sampai sini. Selebihnya bergantung kepada kamu. Lagipun, kamu tidak akan dapat jalan jauh kalau kamu terus-menerus bergantung kepada saya."
"Terima kasih." Wajah Nangong Yunyi jelas bersyukur. "Ini sudah cukup. Kamu sudah terlalu banyak membantu saya! Yun Luofeng, tunggu saya. Saya akan kejar kamu nanti tidak kira di mana pun kamu berada!"
Yun Luofeng menjeling Nangong Yunyi sebelum berpaling dan berkata, "Xiao Bai, jom pulang."