Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 108 - Dua Orang Tua yang Terperanjat (5)

Chapter 108 - Dua Orang Tua yang Terperanjat (5)

Demi mengambil hati Yun Luofeng, Tok Ketua Rong sampai memanggil mereka sebagai sampah. Dapat dibayangkan apa anggapannya terhadap Gao Ling dan Mu Wushuang.

"Tok Ketua Rong, berapa umur gadis ini? Tidakkah kamu merosakkan cucu kamu dengan berbuat begini?" Tuan Tua Ning merenung Tok Ketua Rong lalu berkata dengan senyuman yang berseri, "Lagipun, generasi muda Keluarga Ning juga tidak kurang hebatnya. Asalkan gadis ini sudi, dia boleh pilih suaminya dari kalangan Keluarga Ning, bagaimanapun yang dia mahukan."

Jeneral Tua Yun ketika itu sudah melopong dan terkejut besar. Kedua-dua orang tua ini benar-benar berbahas mengenai suami untuk cucunya seperti tiada orang lain di situ?

Mustahil! Ini sememangnya mustahil! Dia masih mahu bersama cucunya ini untuk beberapa tahun lagi, jadi bagaimana pula dia boleh benarkan cucunya berkahwin sekarang?

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag