Setiap mata langsung memandang ke arah sangkar itu, termasuk juga Nangong Qing.
"Apa ini? Ia perlukan dikurung dalam sangkar?"
"Sangkar itu tidak berhenti bergoncang, jadi ia pasti sesuatu yang hidup."
"Hidup? Mungkinkah ia satwa rohani?"
Semua orang bingung terkejut kerana satwa rohani sangat sukar ditangkap. Untuk menjinakkan satwa rohani, seseorang itu bukan sahaja perlukan tenaga yang banyak, tetapi kekuatan yang hebat juga.
'Nangong Lan berikan satwa rohani sebagai hadiah hari jadi?'
'Nampaknya Nangong Lan layan abangnya dengan sangat baik.'
Dengan arahan daripada Nangong Lan, empat orang pengawal itu meletakkan sangkar itu ke lantai dan mengalihkan kain merah yang menutup sangkar itu. Seekor singa merah muncul dalam pandangan semua orang.
Singa itu berwarna merah dan kelihatan sangat kuat. Bagaimanapun, singa yang pada asalnya ganas itu terbaring lemah dan jinak dalam sangkar, sama seperti kucing yang comel.