Yun Luofeng terundur beberapa langkah kerana tidak terkejut dengan tindakan pemuda itu menolaknya. Mata hitam Yun Luofeng memandang bingung pemuda itu.
Lelaki ini agak tampan dan kulit wajahnya agak halus. Dia memandang Yun Luofeng dan tertunduk malu sambil berkata, "Jangan pandang saya begitu. Jelas sekali, kamu yang salah sebab ramai orang yang beratur di sini, kamu pula hendak melangkau barisan."
Dengan kata-kata iru, mata semua orang beralih ke arah Yun Luofeng dengan niat ingin menyalahkannya.
"Cik, ini memang salah kamu. Mana boleh kamu melangkau barisan begitu sahaja."
"Benar sekali, kami sudah beratur di sini sejak tengah hari lagi untuk menyertai Menara Tabib ini. Kenapa kamu hendak melangkau barisan?"
Suara-suara jahat yang menyalahkan Yun Luofeng ini membuatkan Xiao Mo berasa geram dan menjegil orang-orang yang mencerca Yun Luofeng itu. Tetapi ketika dia hendak bersuara, tangan Yun Luofeng menghalang dia.