Nangong Yunyi dan Yun Luofeng sudah melalui pahit manis kehidupan bersama dalam kehidupan mereka yang lampau, jadi mereka masing-masing boleh kenal dengan sekali pandang walau berapa ramai pun orang.
"Oh ya, boleh kamu jelaskan apa sebenarnya yang terjadi?"
Selepas mendengar kata-kata Nangong Yunyi itu, Yun Luofeng terus pandang Xiao Mo dan mengangkat kening. Dia faham kejadian Nangong Yunyi terpindah ke dunia ini pasti ada kaitan dengan Xiao Mo.
Bagaimanapun, Kod Dewa Perubatan adalah kepentingan yang Yun Luofeng paling utamakan dan walaupun dia sangat percayakan Nangong Yunyi, dia tetap tidak akan beritahu Nangong Yunyi.
Memikirkan ini, Yun Luofeng diam seketika. "Saya juga sama seperti kamu. Ketika saya sedarkan diri, saya sudah berada di sini. Apa yang terjadi, saya sendiri tidak pasti."
Nangong Yunyi agak kecewa. "Nampaknya bukan mudah untuk kita tinggalkan tempat durjana ini."