Nangong Yunyi menggeleng kepala sambil bercakap.
Dua orang gadis cantik itu memandang Yun Luofeng dengan wajah keji, jelas sekali marah kerana Yun Luofeng mencampak Nangong Yunyi ke lantai. Tetapi disebabkan Nangong Yunyi tidak berkata apa-apa, mereka berdua sedar tidak elok jika mereka suarakan rasa tidak puas hati mereka.
Tidak lama kemudian, pelayan restoran datang membawa menu dan Yun Luofeng buat pesanan.
Dua gadis cantik itu sepertinya sudah terbiasa duduk di sebelah Nangong Yunyi. Gadis yang berada di sebelah kiri berpakaian hijau dan memakai perhiasan merah di antara keningnya, kelihatan sangat menggiurkan.
Dia memandang Yun Luofeng sambil tersenyum miang. "Cik Yun, mana suami kamu? Kenapa dia tidak bersama kamu? Apa agaknya reaksi suami kamu kalau dia dapat tahu kamu sedang keluar makan bersama lelaki lain?"