"Kamu…"
Lelaki itu pada mulanya tenang dan santai, tetapi dia terpegun sebaik sahaja ternampak Yun Luofeng. Matanya penuh dengan rasa terkejut memandang Yun Luofeng dan tidak lama kemudian rasa terkejur itu bertukar menjadi kemarahan lalu dia menjerit.
"Yun Luofeng!"
Jeritan ini menarik perhatian semua orang dan mereka semua mengangkat kening penuh tanda tanya. Tiada siapa yang faham bagaimana gadis jelita ini boleh membuat Tuan Muda Keluarga Nangong marah.
Yun Luofeng tanpa sedar menggaru telinga. "Kamu tidak perlu bising begitu, saya boleh dengar suara kamu dengan jelas."
Lelaki itu sangat marah dan berjalan ke arah Yun Luofeng dengan wajah yang merah. Dia menjegil Yun Luofeng dan menjerit, "Yun Luofeng, kalau bukan disebabkan kamu, saya tidak akan berada di tempat ini! Kamu tidak rasa kamu patut katakan sesuatu?"