Api mula menyala dalam halaman itu dan merebak ke seluruh puncak gunung itu. Raungan kesakitan meminta tolong terdengar berulang kali dalam api yang marak itu, ia sangat menggerunkan.
"Mari pergi."
Yun Luofeng langsung tidak memandang api yang membakar itu dan hanya melibas lengan bajunya sebelum turun dari gunung itu.
…
Dalam masa satu hari sahaja, berita tentang Kumpulan Penentang Syurga dihapuskan telah tersebar di seluruh Kota Tiada Penghujung dan ada orang yang gembira ada juga yang risau mendengar berita itu.
Orang-orang biasa bersorak gembira kerana mereka sudah lama terseksa. Kumpulan Penentang Syurga itu telah banyak menyusahkan mereka. Merompak, membunuh dan jika mereka nampak perempuan cantik, mereka akan bawa perempuan itu secara paksa dan bunuh sesiapa pun yang cuba menghalang perbuatan jenayah mereka itu!
Sudah berapa lama penduduk di sini berjalan ketakutan setiap hari? Akhirnya mereka sudah boleh bertenang dan bersorak.