Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 105 - Dua Orang Tua yang Terperanjat (2)

Chapter 105 - Dua Orang Tua yang Terperanjat (2)

Tuan Tua Ning tidak marah seperti Tok Ketua Rong. Dia hanya menoleh ke arah Yun Luofeng dan berkata dengan tenang, "Cik Yun, ada sesuatu yang saya perlu beritahu kamu. Pada asalnya, hal ini hanya diketahui oleh mereka yang telah mencecah tahap yang sama dengan saya. Oleh kerana kamu dan Keluarga Diraja berada di pihak yang bertentangan, saya mesti memaklumkan kamu mengenai hal ini demi keselamatan kamu."

Yun Luofeng mengangkat keningnya sambil dia memandang Tuan Tua Ning. Senyumannya menunjukkan dia sedikit letih. "Tuan Tua Ning, sila teruskan."

Tuan Tua Ning berhenti sekejap. "Kekuatan pakar nombor satu di Longyuan berada di tahap tinggi, peringkat lanjutan. Tapi tahukah kamu pakar ini berasal dari mana?"

Yun Luofeng menggelengkan kepalanya. Memang benar, dengan statusnya sekarang dia tidak mempunyai kelayakan untuk tahu mengenai hal-hal sebegini.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS