Senyap…
Seluruh halaman itu menjadi sangat senyap!
Ketua Pertama memegang dada sambil darah tidak berhenti mengalir dari mulutnya. Wajahnya yang sebentar tadi tegas, kini pucat dan rasa tidak percaya dalam matanya bertambah jelas.
Yun Luofeng mendekatinya. "Saya akan bagi kamu peluang, serahkan orang-orang kamu yang telah menyerang Menara Tabib sekarang dan mungkin… mungkin sahaja saya akan biar kamu mati dengan penuh maruah."
'Menara Tabib?'
Mata Ketua Pertama membulat terkejut. 'Gadis ini adalah Ketua Menara Tabib?'
"Adik Ketiga!" Tiba-tiba, dia menjerit marah. Dia menoleh ke arah Ketua Ketiga yang sedang menggigil lalu berkata dengan tegas, "Bukankah kamu kata kekuatan Menara Tabib biasa-biasa sahaja, jadi apa maksud semua ini?"
Tubuh Ketua Ketiga menggigil liar. "Say… saya tidak pasti! Kalau Menara Tabib memang benar berpangkat dan kaya, tidak mungkin mereka ditubuhkan di Daerah Barat!"