Wajah Tuan Wu bertukar bengis setelah mendengar kata-kata Qing Mu itu lalu berdiri sambil mendengus. "Kamu tahu status Keluarga Wu di Kota Tiada Penghujung ini? Apa yang buat kamu fikir kami perlu menipu kamu? Kamu tahu berapa ramai orang yang cuba beli tanah itu? Kamu patut berterima kasih kepada saya kerana saya bersetuju untuk jual tanah itu kepada kamu!"
Maksudnya Yun Luofeng patut bersyukur kerana dia telah jualkan tanah tandus itu kepada mereka.
Wajah Qing Mu menggelap dan ketika dia hendak mencerca Tuan Wu, Yun Luofeng tiba-tiba angkat tangan untuk menghalang dia.
Dengan senyuman licik, Yun Luofeng berkata dengan nada malas, tetapi ada aura yang mendebarkan pada suaranya itu.
"Harganya?"
Qing Mu terdiam, dia menoleh memandang Yun Luofeng dan cuba untuk menghalang. "Cik Yun, itu tanah tandus. Ia tiada guna untuk kita."
Yun Luofeng tersenyum diam sambil merenung Tuan Wu.