"Tolong berhenti bertengkar. Saya ada cadangan untuk kamu."
Penjual itu akhirnya bersuara dan dia tersenyum. "Bagaimana kalau kita biarkan satwa rohani ini sahaja yang buat pilihan? Sesiapapun yang dia pilih boleh jadi pemiliknya."
Di dalam sangkar itu, burung phoenix sian itu seakan faham kata-kata penjual itu lalu mata dinginnya memandang Yun Luofeng dan Nangong Lan. Tiba-tiba, terdengar suara dari dalam rohnya dan mindanya terkejut dan dia langsung terpegun.
"Phoenix sian, ikut saya. Saya bukan sahaja akan sembuhkan kecederaan kamu, saya juga akan beri kamu kekuatan untuk membalas dendam kepada sesiapa pun yang sakiti kamu sepuluh kali ganda!"
Burung phoenix sian itu menggigil lalu mendongak memandang Yun Luofeng dan terlihat sepasang mata yang tersenyum. Ketika ini, dia dapat rasa aura yang ganas datang dari gadis itu. Aura itu bukan datang daripada gadis sendiri itu tetapi dari dalam rohnya.