Semua penonton menggeleng kepala. Kerajaan Tianyun memang akan kalah kali ini!
Tiba-tiba, Yu Tongtong melibas pergelangan tangannya dan melontar beberapa pisau ke arah leher Li Yang.
Li Yang yang tadi hendak terus menyerang cepat-cepat redahkan tenaga rohaninya lalu mengelak pisau lontar itu. "Kamu memang licik! Berani sungguh kamu guna senjata tersembunyi?!"
Yu Tongtong menyeringai. "Itu bukan senjata tersembunyi, ia jelas terlihat. Tiada peraturan yang melarang penggunaan pelbagai senjata dalam pertarungan!"
"Humph! Cuma orang-orang Kerajaan Tianyun sahaja yang akan menggunakan helah kotor begitu. Malangnya, tidak kira berapa banyak pun muslihat yang kamu ada, ia semua tidak berguna terhadap saya."