"Mereka cukup kuat untuk ini!"
Qing Mu menggeleng kepala dan mengeluh, mata tuanya kelihatan sangat risau. Tetapi dia tidak boleh berkata apa-apa kerana Yun Luofeng sudah pun membuat keputusan.
"Masa berbincang sudah tamat. Sila berikan senarai nama kamu dan saya akan jelaskan peraturan pertarungan pusingan separuh akhir ini kepada kamu semua."
Suara dingin dan tegas Jeneral Li memecah suasana dan menjadikannya lebih meriah.
Semua pasukan terus menulis nama-nama peserta yang mereka pilih pada sekeping kerta. Seorang sida-sida kutip semua senarai itu dan menyerahkannya kepada Jeneral Li.
"Pusingan separuh akhir adalah pertarungan satu lawan satu. Pemenang akan terus bertarung dan yang kalah akan disingkirkan! Keputusan akhir akan ditentukan mengikut bilangan peserta yang tinggal."