'Adil?'
Long Yuan menyeringai dan menjeling memberi amaran ke arah Jeneral Li.
Jeneral Li menggeleng kepala dan berkata, "Saya cuma kata pertandingan ini akan berakhir tujuh hari kemudian dan tiada menyatakan masanya. Oleh itu, saya mengumumkan pertandingan ini tamat!"
Melihat Kerajaan Tianyun sudah hampir merampas tempat kedua, atau mungkin tempat pertama, mereka langsung arahkan pertandingan ini ditamatkan segera. Semua peserta-peserta negara lain sangat bersemangat ketika ini dan tiada siapa yang sangka Empayar Tianhui akan bertindak dengan tiada rasa malu begitu.
Sudah tentu, berbanding dengan negara-negara kecil ini, orang-orang dari dua empayar itu bersetuju dengan tindakan Empayar Tianhui itu. Lagipun, mereka tidak mahu dikalahkan oleh Kerajaan Tianyun dan jalan penyelesaian terbaik adalah menamatkan pertandingan ini dengan segera.
"Tutup dunia ilusi!"