Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 447 - Perburuan Roh (3)

Chapter 447 - Perburuan Roh (3)

Malam semakin lewat dan para pelajar Akademi Zephyr semuanya kepenatan. Mereka duduk di dalam kereta dan makan sedikit sebelum tertidur keletihan.

Fajar tiba keesokan harinya dan matahari mula terbit. Para pelajar yang sudah cukup berehat itu keluar dari kereta kuda mereka. Pelajar-pelajar senior semakin berwaspada sambil memandang tempat yang telah menghantui mimpi mereka selama beberapa malam. Mereka kelihatan sedikit bimbang. Berbeza dengan pelajar-pelajar baru yang kebanyakannya teruja dan ternanti-nanti dengan begitu bersemangat. Walaupun ada yang bimbang dalam diam, mereka tetap lega kerana akan ditemani oleh mentor mereka.

Guru-guru yang mengetuai ekspedisi ini kemudiannya mengumpulkan para pelajar baru dan menerangkan tentang misi mereka di Hutan Roh Pertempuran.

Perburuan Roh ini akan berlangsung selama tujuh hari. Para pelajar Akademi Zephyr hanya dibenarkan bergerak dalam kawasan yang sudah ditandakan, di sudut tenggara Hutan Roh Pertempuran itu di mana mereka akan diberikan peta yang lengkap. Guru-guru ini tidak menjangkakan para pelajar baru ini akan berdepan dengan masalah besar. Binatang Roh di kawasan yang ditetapkan itu bukannya bergred tinggi, jadi mereka sepatutnya berada dalam keadaan selamat.

Dengan nada yang serius, guru-guru ini juga tidak lupa mengingatkan para pelajar baru supaya tidak merayau ke kawasan yang tidak bertanda kerana ada kemungkinan mereka akan bertemu dengan banyak Binatang Roh bergred tinggi di kawasan tersebut. Bentuk muka bumi di situ juga mungkin berbahaya dan sekiranya tidak berhati-hati, mereka akan mudah sesat di dalam hutan yang dipenuhi bahaya yang tidak berpenghujung.

Semua pelajar akan diberikan dua suar amaran dan jika mereka berada dalam bahaya, cedera atau sakit, mereka boleh melepaskan suar amaran itu. Selepas itu, guru-guru yang berada di luar kawasan hutan akan membawa keluar pelajar tersebut secepat mungkin. Namun jika terlalu cepat menarik diri dari Perburuan Roh, markah yang diberikan bagi penilaian ini juga teramat rendah. 

Suar amaran akan diserahkan kepada para pelajar tetapi mereka sendiri perlu menyediakan bekalan makanan dan minuman.

Bekalan ini tidak dihadkan. Selagi mampu membawanya, tiada siapa yang akan menghalang.

Untuk acara Perburuan Roh, para pelajar Akademi Zephyr dibenarkan untuk membentuk kumpulan mereka sendiri bagi menyokong satu sama lain.

Dari segi aspek ini, para pelajar dari fakulti Pemulih Roh merupakan pilihan yang paling popular.

Walaupun pelajar fakulti Pemulilh Roh biasanya tidak begitu mahir bertempur berbanding pelajar dua fakulti lain yang mengkhususkan pada pertempuran, pelajar-pelajar dua fakulti lain ini teruja dengan peluang yang jarang mereka dapat ini dan membina hubungan baik dengan bakal Pemulih Roh. Ramai yang merayu oelajar-pelajar fakulti Pemulih Roh untuk menyertai kumpulan mereka.

Sebab itulah, sebelum hari Perburuan Roh sekalipun, semua pelajar fakulti Pemulih Roh sudah diambil masuk ke dalam kumpulan-kumpulan ini, tak ada seorang pun yang terkecuali.

Orang yang kuat bergabung dengan orang kuat juga. Inilah yang biasa dilihat ketika Perburuan Roh.

Dalam kalangan mereka, kumpulan terkuat ialah kumpulan yang terdiri daripada pelajar di kedudukan kedua sewaktu Kejohanan Roh yang lalu iaitu Lu Wei Xie dan pelajar di kedudukan ketiga, Ning Xin. Kumpulan ini juga disertai Yin Yan, pelajar fakulti Pemulih Roh dan ramai lagi pelajar elit dari Akademi Zephyr. Jumlah ahli kumpulan ini melebihi dua puluh orang. Mereka dianggap sebagai kumpulan terhebat yang dapat ditubuhkan di Akademi Zephyr.

Oleh itu, kumpulan-kumpulan lain menerima hampir mana-mana pelajar yang belum mempunyai kumpulan untuk menyertai mereka.

Lagipun, untuk terus bertahan dengan selamat selama tujuh hari di hutan tebal ini bukannya tugas yang mudah. Walaupun ada pelajar yang tidak begitu kuat, jumlah ahli kumpulan yang besar akan memudahkan lagi mereka menangani tugasan ini.

Namun begitu…..

Ada dua orang yang tidak berjaya mencari kumpulan untuk mereka sertai.

Contohnya orang seperti…..

Fan Jin yang mendapat tempat keempat di Kejohanan Roh terdahulu, serta Jun Xie….

Kemahiran Fan Jin menyebabkan ramai yang berebut-rebut mahukannya. Tetapi Fan jin disertai pelajar jagaannya, Jun Xie, yang amat dibenci. Ini membuatkan kumpulan lain berputus asa mahu mengambil Fan Jin yang dianggap elit itu untuk menyertai mereka.

Nama Jun Xie berada di kedudukan paling bawah di Akademi Zephyr. Malah populariti Fan Jin juga tidak cukup untuk meyakinkan kumpulan lain untuk menerima mereka. Akhirnya, sewaktu semua pelajar Akademi Zephyr dibahagikan dalam kumpulan berjumlah sepuluh orang atau lebih, Fan Jin dan Jun Xie hanya berdiri sendirian.

Fan Jin berdehem, "Tak mengapalah kalau tak ada orang lain. Jun Xie, percayalah pada kekuatan saya. Saya pasti akan melindungi kamu dengan baik." Fan Jin cuba memujuk Jun Xie sambil memandang para pelajar lain yang sedang teruja di sekeliling mereka. Sebaliknya, tempat mereka berdiri itu senyap sunyi. Fan Jin cepat-cepat cuba menaikkan semangat Jun Xie.

Related Books

Popular novel hashtag