Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 383 - Kemunculan Tuan Tua (4)

Chapter 383 - Kemunculan Tuan Tua (4)

"Ada apa ni?" tanya Hua Yao sambil memandang wajah Qiao Chu yang kelihatan terkejut dan kemudiannya beralih pada wajah Fei Yan serta Rong Ruo yang kelihatan bingung.

Qiao Chu tak berdaya untuk berkata apa-apa dan hanya mampu mengangkat jari yang menggigil lalu menunjuk ke arah Jun Wu Xie.

Rong Ruo berdeham sebelum dia dapat bersuara dan berkata, "Xie Kecil kata….eliksir yang kita jual tu eliksir asli."

Hua Yao yang biasanya tenang itu juga menjadi pucat mendengarkan berita ini.

"Jun Xie, kamu yang buat pil-pil itu?" Giliran Hua Yao pula untuk merenung Jun Xie dengan pandangan tidak percaya. Dia bertanya lagi sekali, masih tak mampu mempercayai apa yang telinganya dengar. Sewaktu Jun Xie mencadangkan dia menyamar sebagai Mu Chen dan menggunakan nama Kumpulan Qing Yun yang terkenal itu untuk menjual eliksir, anggapannya sama dengan rakan-rakannya yang lain. Dia juga menyangkakan Jun Xie berniat mahu menipu anak-anak orang kaya yang tak guna ini dengan memberikan eliksir biasa. Dia tidak pernah menjangkakan yang….

Budak kecil ini memberikan barang yang asli…. Eliksir-eliksir itu mempunyai kesan seperti yang dikatakan!

Jun Wu Xie mengangguk kecil dan matanya tidak menunjukkan sebarang perasaan. Dia tak faham kenapa beberapa eliksir ini saja boleh menyebabkan reaksi dramatik dari rakan-rakannya.

Malah Hua Yao yang sudah bersedia secara mental juga mendapati dirinya tidak dapat memberikan reaksi terhadap jawapan jujur Jun Xie. Dia berasa seperti sudah dipanah petir.

Empat pasang mata yang merenung Jun Wu Xie itu kelihatan tidak percaya. Betul ke budak ni datang dari Alam Bawahan? Mereka berempat yang sebenarnya berasal dari Alam Pertengahan…. Macam mana pula Xie Kecil ini dapat menghasilkan eliksir-eliksir yang mereka juga tak tahu kewujudannya?

Jun Wu Xie memandang empat rakan segurunya ini yang sedang merenungnya seolah-olah dia ini raksasa yang hodoh. Dia diam seketika sebelum menyeluk beg kosmosnya dan mengeluarkan satu botol porselin berwarna putih.

"Kamu nak ke?"

Pada masa yang sama, empat pasang mata bersinar-sinar dengan terang!

Mereka baru sahaja melihat botol yang serupa tadi. Botol ini kelihatan sama seperti botol yang Jun Xie serahkan kepada Hua Yao untuk dia menjual eliksir.

Sekarang ini mereka sudah tahu benar apa isi kandungan botol tersebut.

"Ini….. Benarkah ini untuk kami?" Qiao Chu bertanya sambil menelan air liur dengan kuat. Dia tidak dapat berhenti merenung botol porselin putih di tangan Jun Xie itu.

Jun Wu Xie menolak botol yang mengandungi eliksir luar biasa itu ke tangan Qiao Chu tanpa sepatah kata.

Padanya, itu cuma eliksir lebihan, baki daripada yang dibuatnya untuk Tentera Rui Lin dan tidaklah begitu berharga.

Ketika itu, Jun Wu Xie bersendirian membuat satu ratus ribu pil seperti ini untuk Tentera Rui Lin!

Jun Wu Xie sendiri terkejut melihatkan jualan eliksirnya yang laris. Dia tak pernah perlu risaukan tentang duit dan tidak memikirkan berapa nilai eliksirnya. Jumlah yang dia beritahu Hua Yao tadi hanyalah berdasarkan jumlah yang mereka perlukan. Dia langsung tak tahu kalau eliksir itu bernilai tinggi atau tidak.

Tetapi kekecohan yang berlaku sudah membuktikan….

Sememangnya bernilai tinggi!!

Jun Wu Xie mungkin berniat untuk mencuri identiti Mu Chen, tetapi dia tidak berniat untuk menjejaskan nama lelaki itu yang sedang dalam perjalanan ke Bandar Diraja di Kerajaan Qi.

Sebaik memikirkan tentang Kerajaan Qi, kepala Jun Wu Xie ditundukkan. Dia sudah menyuruh Ye Sha menghantar berita kepada Jun Wu Yao. Dia mahu Jun Wu Yao memberitahu pasangan anak-beranak Keluarga Jun yang dia sedang mengembara bersama-sama Tuan Gurunya untuk tujuan latihan. Mereka tak perlu risau tentang dia.

Tetapi tindakan spontan Jun Wu Xie untuk "pengumpulan dana" tidak disengajakan telah menyebabkan Mu Chen pening kepala.

Di masa akan datang, berita tentang kebolehan Mu Chen utnuk menghasilkan eliksir luar biasa tersebar ke seluruh Alam Bawahan. Sewaktu orang-orang yang tamakkan eliksir itu terdengar yang Mu Chen berada di Istana Lin Kerajaan Qi, mereka semua mengerumuninya. Ini menakutkan Mu Chen sehingga dia bersembunyi di dalam Istana Lin dan tidak berani untuk menjejak kaki ke luar walau selangkah.

Tapi itu akan berlaku di masa hadapan, tak akan dibincangkan buat masa sekarang.

Kini mereka sudah ada duitnya. Mereka berlima tak perlu risau tentang yuran lagi. Jun Wu Xie dengan murah hatinya memberikan lima ratus ribu kepada setiap rakannya dan menyuruh semuanya bersurai serta menyertai barisan.

Selepas kekecohan "Mu Chen" itu reda, barisan di hadapan Akademi Zephyr kembali teratur.