Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 147 - Racun (2)

Chapter 147 - Racun (2)

Mo Qian Yuan, yang seluruh badannya berlumuran darah dan cebisan anggota badan, berdiri terpegun dan wajahnya berkerut. Fikirannya kosong dan keadaan sekeliling juga senyap. Semua yang menyaksikan kejadian mengerikan itu terkejut, sehingga tidak mampu berkata apa-apa.

Mo Qian Yuan menahan dirinya daripada muntah dan cuba sedaya-upaya untuk kelihatan tenang. Dia mengangkat lengan bajunya untuk mengesat mukanya dan memberikan arahan kepada askar pengawal Tentera Rui Lin. "Bersihkan kawasan ini secepat mungkin dan siasat latar belakang lelaki itu."

Askar pengawal Tentera Rui Lin Army segera menjalankan tugas mereka, pantas dan cekap mengembalikan ketenteraman. Sambil diiringi sorakan terima kasih daripada orang ramai, Mo Qian Yuan kembali ke Istana Lin, sambil diliputi kekotoran yang mengerikan itu.

Sebaik melangkah masuk, Mo Qian Yuan bertembung dengan Jun Wu Xie yang sedang menuju keluar.

"Wu….."

"Berambus."

"..." Dia baru saja menyebut sepatah kata, sudah menerima "berambus" sebagai balasan. Sebelum dia dapat berkata lebih lanjut, Jun Wu Xie sudah berpusing dan masuk semula ke dalam rumah.

"Hei, tunggu!" Mo Qian Yuan merasakan kejadian hari ini agak pelik dan dia mahu memberitahu Jun Wu Xie mengenainya tetapi dengan dinginnya dia telah ditolak.

"Bersihkan diri sebelum jumpa saya," kata Jun Wu Xie dengan bersahaja dan terus lenyap dari pandangan Mo Qian Yuan.

"...…" Mo Qian Yuan berasa sangat kerdil…..

Pagi tadi dia begitu gembira sewaktu keluar untuk melawat rakyatnya dan kini mukanya berlumuran darah. Dia baru saja melangkah masuk ke Istana Lin dan tanpa kata-kata simpati, dia disuruh berambus dan tidak dipedulikan. Dia pastinya Putera Mahkota yang paling menyedihkan!

Mo Qian Yuan berasa jijik sewaktu membersihkan dirinya. Selepas merasakan bau badannya lebih wangi, dia menuju ke halaman Jun Wu Xie. Gadis itu sedang duduk di tepi kolam teratai sambil membaca sebuah buku lama dengan tekun.

Mendengar bunyi tapak kaki Mo Qian Yuan, Jun Wu Xie mendongak.

"Wu….."

"Jauhkan diri dari saya." Jun Wu Xie memandang dingin ke arah Mo Qian Yuan. Dia dapat mengesan sedikit bau darah pada badan lelaki itu.

"...." Hati Mo Qian Yuan hancur luluh melihatkan pandangan penuh hina pada mata Jun Wu Xie. Dia menghidu dirinya sendiri, berundur beberapa langkah sehingga mencapai jarak yang dirasakan sesuai. Kemudian barulah dia dapat meneruskan kata-katanya, "Ada sesuatu yang aneh berlaku hari ini."

"Cakaplah." Jun Wu Xie menundukkan pandangan, membaca bukunya sambil mendengarkan kata-kata Mo Qian Fei. Dia merasakan kuasa rohaninya yang berada di tahap merah, terlalu cepat berkembang. Dalam masa dua bulan lagi dia mungkin dapat mencapai tahap jingga. Ini terlalu cepat dan lebih baik jika dia berhati-hati.

"Permulaan hari ini biasa sahaja. Beta berjalan-jalan sehingga tiba di Jalan Hua Yun. Tiba-tiba ada lelaki gila meluru ke arah orang ramai. Badannya kembung dan tidak lama kemudian dia meletup." Mo Qian Yuan menceritakan segala-galanya.

Jun Wu Xie tersentak dan memandang Mo Qian Yuan. "Kamu kata dia meletup?"

Letupan tiba-tiba. Itu yang berlaku pada Lin Yue Yang!

"Lain sedikit daripada peristiwa Pegawai Lin. Beta berdiri di sebelah lelaki ini. Sewaktu dia meletup, Beta diliputi dengan…...benda, tapi Beta tak ada rasa apa-apa dan tidak kehilangan tenaga." Mo Qian Yuan sedar tentang perasaan syak Jun Wu Xie, dia juga turut merasakan ada yang tak kena. Tetapi letupan Lin Yue Yang memberikan kesan kepada orang-orang sekeliling, seperti yang diberitahu oleh Jun Xian. Ini berbeza dengan kejadian hari ini.

Jun Wu Xie mengerutkan keningnya, "Mari."

Related Books

Popular novel hashtag