Chereads / TAK MUDAH MENJADI LELAKI MENGEMBARA KE MASA DEPAN / Chapter 49 - Ancaman Serangan Jarak Jauh

Chapter 49 - Ancaman Serangan Jarak Jauh

Senyuman dingin terukir di bibir Ling Qin. Sekiranya lawan menyerangnya dalam satu kumpulan sejak awal lagi, dia mungkin sudah menjadi mayat, terbaring di atas tanah. Tetapi kini, selain seorang lelaki yang telah ditembak mati dengan senapang submesin jenis II, dia berjaya menamatkan kehidupan tiga yang lain, dengan tangannya sendiri. Tidak lagi mudah bagi empat orang musuh yang tinggal, untuk menahannya.

Secara jujurnya, Ling Qin sendiri sangat terkejut. Mengapa kereta apung itu tidak bertindak balas? Sebab dia menyerang dengan sangat marah ialah dia mahu menghapuskan pihak lawan seberapa ramai yang mungkin sebelum dia diserang oleh kereta apung, supaya Ling Lan mempunyai peluang lebih besar untuk melepaskan diri.

Walau apa sekalipun, Ling Qin sangat gembira dengan keadaan itu. Nampaknya sesuatu yang tidak kena telah berlaku di pihak musuh, dan ini memberi kelebihan baginya. Daripada keadaan yang pasti membawa kematian kepada mempunyai harapan baru untuk terus hidup, serangan Ling Qin hanya menjadi lebih sengit dan lebih kuat.

Jikalau hidup itu satu pilihan, adakah sesiapa yang akan memilih untuk mati? Ling Qin juga mahu untuk terus hidup. Dia mahu melihat Ling Lan membesar, berkahwin dan mempunyai anak sendiri. Dia masih mengimpikan suatu hari nanti dia boleh memeluk anak-anak Ling Lan. Oleh sebab itu, Ling Qin menggali segala potensi dalamannya.

Ling Qin melangkah ke kiri dan ke kanan, dengan tangkas menghindari semua tembakan liar pihak lawan. Dia menggunakan kelipan yang tidak sekata itu sebaik mungkin, sehingga Ling Lan terpegun melihatnya. Ling Lan membuat keputusan, jika kedua-dua Penjaga Ling Qin dan dia terselamat, dia mesti meminta Datuk Penjaga untuk mengajarnya langkah tersebut, pergerakan itu terlalu cantik.

Selain hebat mengelak, serangan maut Ling Qin juga menjadi semakin tidak dapat diramalkan. Pisau belatinya terbang ke udara seperti dia sedang menari dan tali misteri yang dikendalikan olehnya, menggunakan jari-jari di tangan kirinya, lebih menakutkan.

Setiap kali orang melihat jari-jari di tangan kirinya yang berkedut, mereka tidak dapat menahan diri daripada berundur. Musuh-musuh ini ini tidak boleh dipersalahkan kerana menjadi takut. Daripada tiga lelaki yang dibunuh oleh Ling Qin, dua orang telah mati kerana tali nipis ini. Mereka tidak cukup berjaga-jaga dan membiarkan tali melilit leher mereka dan hanya dengan satu pintalan pantas, kepala mereka telah terputus dari leher mereka, darah tersembur di merata tempat. Itu hanya menunjukkan betapa tajamnya tali itu, dan digabungkan pula dengan betapa sukarnya untuk melihat tali ini, yang muncul dan hilang tanpa amaran. Bagaimana mereka tidak menjadi takut?

Ling Lan melihat tali ini sambil matanya bersinar tamak. Ini sudah pasti alat pembunuh yang paling halus. Siapa tahu tali tipis yang mengelilingi pergelangan tangan Ling Qin akan menjadi begitu menakutkan? Ling Lan mengambil keputusan untuk bertanya mengenai asal-usul tali ini, kemudian dan jika boleh, dia mahukan tali itu untuk dirinya sendiri.

Pengalaman hari ini mengajarnya, dunia yang dia diami ini ialah sangat berbahaya. Dia perlu bekerja lebih keras untuk meningkatkan keupayaan dirinya sendiri dan mempelbagaikan senjata dan alat yang boleh digunakannya. Kedua-dua aspek ini sama penting.

Walaupun kejayaan Ling Qin membunuh tiga orang musuh itu ada kaitan dengan pilihan senjata yang pelik dan kekuatan dirinya sendiri, sebahagian besarnya masih disebabkan oleh nasib yang baik. Sudah tentulah orang pertama yang dibunuhnya ialah hasil daripada perancangannya yang teliti, tetapi dua orang berikutnya hanya disebabkan peluang yang dia dapat melalui kesilapan lawannya sendiri.

Jika ketua pasukan itu tidak meninggalkan anggota pasukannya sendiri, ahli-ahli yang lain tidak akan berasa takut yang mereka akan menjadi korban berikutnya. Mereka semua memilih untuk berundur demi melindungi diri sendiri dan bukannya memberi tumpuan untuk menyerang. Jika ini tidak berlaku, Ling Qin tidak akan dapat membunuh dua orang musuh itu sewaktu kekecohan berlaku dan menukar nasibnya dalam pertempuran ini.

Apa yang boleh dikatakan ialah pasukan lawan mempunyai seorang anggota yang bodoh. Malangnya si bodoh itu ialah pemimpin pasukan, yang berkuasa untuk memutuskan sama ada mereka hidup atau mati.

Nasib baiklah dia tidak begitu bodoh. Dia memutuskan untuk mengubah arahannya, tepat pada waktunya. Empat orang lelaki yang lain, dengan cepat mengatur diri mereka dan membentuk trapezium terbalik. Mereka bekerjasama di antara satu sama lain untuk menyelaraskan serangan dan pertahanan mereka, sewaktu menghadapi Ling Qin yang agresif dan sedang meluru ke arah mangsa yang keempat.

Hujung keempat-empat senapang partikel cahaya itu menyala, menembak partikel cahaya yang tidak terhitung jumlahnya, ke arah Ling Qin, membutakan mata semua yang melihat, termasuklah dua orang juruterbang mecha yang sedang memerhatikan pertempuran itu dengan teliti.

"Ketua, mengapa kumpulan bodoh itu tidak melepaskan tembakan meriam?" Salah seorang juruterbang mecha itu bertanya dengan kuat. Dia menggosok-gosok matanya yang kabur. Paparan skrin di mecha memaparkan apa yang berlaku secara langsung, jadi matanya akan letih jika merenung skrin itu terlalu lama

Dia benar-benar tidak dapat memahaminya. Sudah pasti terdapat beberapa peluang yang sangat baik untuk melancarkan meriam itu, tetapi mereka hanya membiarkan peluang itu hilang, sementara kereta apung itu hanya terus berlegar secara sia-sia.

Pengendali mecha yang dipanggil Ketua menjawab, "Siapa tahu? Apa yang kita perlu buat ialah membersihkan semua ini. Hanya jika mereka gagal, barulah kita hal ini diserahkan kepada kita."

"Tetapi pihak lawan telah menghantar isyarat suar. Bantuan pasti dalam perjalanan. Jika kita tidak menyelesaikan perkara ini secepat yang mungkin, kita mungkin dapat dikesan oleh mereka yang dalam perjalanan menuju ke sini. Ketua, bukankah kamu kata pihak atasan tidak mahu penglibatan mereka didedahkan? "

"Itu betul. Sekiranya pihak atasan dapat tahu mereka gagal, kita juga tidak akan terlepas. Oh, apa-apa sahajalah, mari kita lakukannya. Saya serahkan si tak guna yang menjengkelkan itu pada kamu. Pastikan beri dia satu tembakan tepat di kepala." Selepas diingatkan tentang akibat kegagalan daripada orang bawahannya, pengendali yang dipanggil Kepala itu tiba-tiba merubah fikirannya dan memerintahkan orang bawahannya untuk menghapuskan Ling Qin dengan cepat.

"Baik, Ketua. Lihat sahaja saya ambil alih 'pentas' ini." Akhirnya, tiba masanya untuk dia menunjukkan kehebatannya. Operator mecha yang telah lama menunggu ini sangat gembira. Dia mengendalikan mechanya untuk mengayunkan senapang penembak jarak jauh yang besar di bahu kanannya, dan kemudian mecha setinggi 4 meter itu bergerak ke posisi separuh melutut. Lengan kiri logamnya menyeimbangkan senapang itu yang disasarkan ke arah Ling Qin yang sedang sibuk mengelak serangan.

Pergerakan mecha itu mendapat perhatian Ling Lan. Sejak Ling Qin mula bertempur dengan orang-orang itu, Ling Lan telah mengawasi kedua-dua mecha dan berhati-hati terhadap serangan hendap. Sekarang, melihat salah satu mecha bersiap sedia untuk menembak dari jarak jauh, dia tahu mereka akan menyerang Ling Qin tetapi, dia tidak berasa bimbang.

Pada ketika ini, semasa Penjaga Ling Qin telah berjuang untuk hidupnya, Ling Lan tidak duduk sahaja. Selepas beberapa pengiraan dan strategi, dia akhirnya mendapat jalan untuk berhadapan dengan dua mecha itu. Rancangan mungkin bukan yang terbaik, namun untuk melambatkan dan mengekang serangan mereka.

'Empat Kecil, angkat kereta apung! Dan kemudian hitung trajektori serangan mecha A.' Ling Lan secara rawak telah melabel dua mecha itu sebagai mecha A dan mecha B untuk memudahkan dia membuat rujukan apabila berkomunikasi dengan Empat Kecil.

Mengikut arahan Ling Lan, salah satu daripada kereta apung itu yang berlegar-legar tanpa pemandu, tiba-tiba bangkit dari tanah dan tidak lama kemudian, terapung 2 meter dari atas tanah. Sementara itu, di hadapan Ling Lan, muncul peta trajektori serangan mecha A, dengan koordinat dan ketinggian jelas dilabelkan di atasnya.

'Gerakkan kereta apung itu ke sini,' kata Ling Lan dengan tegas sambil menunjuk pada titik yang terdekat dengan kereta apung.

Sebelum habis berkata-kata, di bawah kawalan Empat Kecil, kereta apung itu telah beralih ke kedudukan yang ditunjukkan,

"Celaka, apa yang berlaku? Kereta ini telah menghalang laluan serangan saya." Tanpa boleh berbuat apa-apa, mecha A meletakkan kembali senapangnya. Pengendali itu sangat tidak puas hati. Ini merupakan peluang keemasan untuk diamenembak, tetapi telah dihancurkan oleh kereta apung itu.

Itu mungkin tidak disengajakan. Mungkin kebetulan sahaja kereta itu bergerak ke sana. " Mecha B juga tidak tahu apa yang sedang berlaku tetapi dia masih tidak teragak-agak untuk menenangkan mecha A dengan berkata, "Jangan pedulikannya. Biar saya pula yang cuba."

Mecha B mula menyesuaikan kedudukannya senapangnya, menghala terus ke arah Ling Qin yang masih dalam pertempuran dengan empat lelaki itu. Sama ada tembakannya akan terkena sesiapa sahaja yang berada di situ, itu bukan masalahnya.