Adakah ia merupakan tribulasi syurgawi? Adakah tribulasi syurgawinya yang penuh automatik dan moden telah muncul akhirnya?
Inilah perkara pertama yang muncul dalam fikiran Song Shuhang.
Baru-baru ini, dia asyik memikirkan tentang tribulasi syurgawi moden yang akan turun pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, apabila dia nampak meriam itu muncul, dia akan terfikir tentang tribulasi syurgawi itu dahulu.
Walau bagaimanapun, dia terus kembali sedar dan merumuskan yang meriam itu tidak mungkin sebahagian daripada tribulasi syurgawinya. Lagipun, tribulasi syurgawi Tahap Empat apa yang akan keluar daripada rekahan ruang? Jika tribulasi syurgawi daripada Tahap Tiga ke Tahap Empat berkuasa seperti ini, para pertapa sudah berhenti lama dahulu.
Selain itu, kekuatan semasanya juga masih jauh lagi untuk mencapai tahap di mana tribulasi syurgawi akan turun.
Jadi... siapa yang bawa meriam ini ke sini?