'Hmm, saya sudah menunjukkan muka saya kepada lelaki yang berpura-pura cedera begitu lama... dia sepatutnya boleh mengingati saya. Manalah tahu dia akan datang ke bandar kolej dengan konco-konconya untuk mengapa-apakan saya?' Song Shuhang membaling dompet berisi itu ke atas dan ke bawah, mengharapkan yang lelaki itu akan berbuat demikian supaya dia boleh berlatih teknik penumbuk asasnya.
Pertarungan yang sebenar boleh meningkatkan pemahamannya terhadap teknik penumbuk asas.
Bagaimanapun, sebagai seorang pertapa, menggunakan orang biasa untuk berlatih merupakan perkara yang agak memalukan... pada tahap sekarang, tiada pihak lawan lain yang bagus. Baik dia mencari rakan pertarungan yang sesuai dan menjadi lebih kuat dengan lebih pantas!
Selepas mencari sesuatu untuk mengisi perut, Shuhang bergegas ke tempat kediaman Mahaguru Ubat untuk menolongnya memperbaiki Cecair Penguat Badan seperti biasa.