Teras tenaga itu telah dipelihara dalam keadaan baik dan boleh diekstrak dan digunakan... tetapi di mana sebenarnya patung itu berada? Juga, bagaimana mereka boleh mengekstraknya?
Song Shuhang mencari-cari untuk seketika, tetapi tidak mendapat sebarang keputusan. Tidak ada skru di permukaan benda itu dan ia tidak kelihatan berbeza daripada makhluk hidup. Walaupun selepas mencari-cari di tempat-tempat yang telah rosak, apa yang dia nampak adalah beberapa struktur patung yang dia langsung tidak faham. Sekalipun dia mahu membongkarnya, dia tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.
Kakak Senior Ye Si mencadangkan, "Apa kata bongkar patung labah-labah ini secara paksa?"
Song Shuhang berkata, "Bukan ke ia akan meletup kalau kita buat macam itu?"