Chereads / SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 95 - Seorang Pesakit yang Tidak Diduga

Chapter 95 - Seorang Pesakit yang Tidak Diduga

Dia menjalani pelbagai ujian, seperti pemeriksaan fizikal, darah, ujian air kencing, elektrokardiogram dan juga fungsi hati, fungsi ginjal, lipid darah dan banyak lagi. Song Shuhang berasa pening, seperti boneka yang dipasang dengan pelbagai peralatan untuk diperiksa.

Song Shuhang selesai menjalani pelbagai pemeriksaan dengan rasa sakit yang melampau kerana dia berasa lebih letih berbanding dengan melakukan satu pusingan ❮Teknik Penumbuk Asas Buddha❯. Dia sangat letih sehingga dia tidak mahu menggerakkan jari-jemarinya.

Dan, sebelum ini... apabila dia membuka pakaiannya untuk melakukan pemeriksaan tubuh, pandangan mata doktor wanita di hadapannya bagaikan ingin menelan Shuhang sehingga membuatkan dia berasa tidak selesa.

Zhao Yaya menemaninya untuk menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan Shuhang. Biasanya mereka perlu menunggu selama 30 minit.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS