"Pil qi dan darah?" Mata Song Shuhang menjadi besar. Terkejutnya! Dia tidak sangka dia boleh mendapatkan pil qi dan darah begitu awal. Sebelum menerima tugasan 'menjemput Raja Agung Putih', Song Shuhang berfikir dia tidak mungkin mendapat pil qi dan darah pada tahap ini.
"Nasib awak baik." Mahaguru Ubat berkata.
Tidak lama sebelum ini, Pertapa Bebas Sungai Utara telah cuba mengumpan Song Shuhang untuk mengambil tugasan 'menjemput Raja Agung Putih' dengan pil qi dan darah serta teknik pertapaan. Tetapi, dalam sekelip mata, Song Shuhang telah mendapatkan pil qi dan darah dengan sendiri. Walaupun tidak berapa banyak…
Ia dikatakan perkara baik berlaku kepada orang baik… adakah selepas bertahun-tahun menjadi lelaki baik, Song Shuhang akhirnya mendapat balasannya?
Namun, kalau difikirkan balik, ia juga munasabah.
Mahaguru Altar yang dibunuh merupakan pertapa alam Tahap Dua.