Song Shuhang terasa segar selepas bangun, tidur nyenyak memang terasa bagus~ Walaupun 88,888 suara teknik penilaian rahsia bercakap di dalam kepalanya dari semasa ke semasa, Song Shuhang tidur lena sepanjang masa.
Selepas bangun, Song Shuhang mengeluarkan telefon bimbitnya seperti kebiasaannya untuk melihat jam.
1 September, 2019. 8:05 pagi. Tahap bateri: 2%.
"Tak guna, dah 1hb September?" Song Shuhang terperanjat dan sedikit sedih.
Kali ini, dia tertidur begitu lama?
Dia hanya menutup matanya... dan apabila dia membukanya, beberapa hari terakhir percutian musim panasnya sudah berlalu?
Ia adalah sesuatu yang benar-benar membuatkan hati seseorang terasa sakit. Lagipun, beberapa hari terakhir percutian musim panas adalah yang paling berharga!