Wanita Bawang mempunyai beberapa orang musuh dalam hidupnya.
Pertama sekali, biarawati buddha Sembilan Tanglung yang telah menguncinya selama 300 tahun...
Seterusnya, Pari-pari Abadi Bie Xue, yang mahu memasaknya dan sering melihat ke arahnya seperti dia merupakan daun bawang di atas papan pemotong.
Kemudian, musuh ketatnya yang terakhir ialah Song Shuhang. Sama seperti Sembilan Tanglung, Song Shuhang juga menyekat kebebasannya dan dia juga telah memotong batang daun bawangnya . kadang-kadang, dia juga akan menariknya. Kejamnya!
Hmm? Awak kata yang batang daun bawang sama seperti rambutnya?
Lawak jenis apa itu?! Hanya hujung batang daun bawangnya sahaja yang boleh dikatakan sebagai rambutnya – di bawanya adalah kepalanya! Kepalanya, bukan rambut!
Suara yang baru sahaja berkumandang ini memang milik Song Shuhang.
Wanita Bawang merasakan seperti dia terdengar suara menakutkan yang datang langsung daripada neraka.