Pemburu raksasa muda itu rasa seperti dia telah terlepas sesuatu yang penting...
Tadi, semasa tiba-tiba dia mendapati yang 'Tertekan Dengan Timbunan Buku' sebenarnya ialah Abang Senior Gao Sheng, dia terus terkedu. Kemudian, dia mengoperasikan otraknya pada kelajuan penuh dengan harapan untuk menjumpai jalan terbaik bagi berdepan dengan 'Abang Senior Gao Sheng' dalam situasi semasa.
Namun kini, dia teringat segalanya yang terjadi sekali lagi, dia agak terlepas pandang beberapa perkara.
Sebagai contoh, tiga orang budak tidak mendengar kata, seorang sami kecil dan dua orang gadis kecil, mempunyai turun naik qi dan tenaga darah daripada tubuh mereka – mereka ialah pertapa!