Namun, kelajuan kereta api itu sangat perlahan. Jika dia tahu tadi, dia akan menaiki kapal terbang sahaja. Melepasi sembilan jam tanpa henti di dalam kereta api sangat tidak dapat ditahan!
Semasa sedang berfikir panjang, Song Shuhang menghulurkan tangannya dan meletakkannya di dalam dompet pengecil saiz miliknya.
"Apa yang awak buat?" suara Wanita Bawang kedengaran daripada dalam dompet pengecil saiz itu.
"Saya sedang mencari 'kristal binatang rohani' oleh sebab saya bosan dan tiada apa mahu dilakukan, saya terfikir untuk makan sesuatu," jawab Song Shuhang.
"Tunggu sekejap, saya akan dapatkannya untuk awak. Hanya kerana awak tiada apa untuk dilakukan, janganlah bersahaja menyelongkar rumah saya. Setiap kali awak lakukan itu, seluruh tempat menjadi bersepah dan saya perlu meletakkan semuanya ke tempat asal semula, tahu tak?" kata Wanita Bawang.