Selepas melihat jawapan [Pengarah Hospital Mental Gila], hujung mulut Song Shuhang terangkat. Lelaki itu tidak sangka telah berada di dalam pawagam di Bandar Wenzhou, menonton
Tepat pada masa ini, komen-komen orang yang baru sahaja selesai menonton filem itu sampai ke telinga Song Shuhang.
"Darah saya mula mendidih ketika adegan akhir filem itu! Persembahan yang sangat menakjubkan!"
"Walau bagaimanapun, Abang Senior Gao Sheng telah keluar dengan bersih akhirnya. Tidak masuk akal langsung!"
"Saya pun rasa bergitu juga. Saya pun terfikir yang dia akan mengalah kepada syaitan-syaitan itu dan kemudiaannya mati dengan tragik di tangan watak utama, Ling Ye."
"Abang Senior Gao Sheng mesti mati beberapa kali sebelum kita berpuas hati! Sekarang ini, filem ini akan ada sekuel ke? Jika ada, boleh ke Abang Senior Gao Sheng kembali hidup sebagai syaitan? Ia akan jadi sangat menakjubkan!"
"..." Song Shuhang.