Namun akhirnya, Song Shuhang tidak boleh mendapat sebarang petunjuk tentang penampilan Pari-pari Cheng Lin, hilang cebisan maklumat penting yang boleh membawanya kepada kebenaran.
Sebebnya ialah wanita bertanda kecantikan itu menjadi marah.
"Awak asyik bertanya berulang kali kerana awak mahu mencari alasan untuk mengingkari janji, bukan?" wanita dengan tanda kecantikan itu memandang Song Shuhang dengan dekat dan berkata, "Awak benar-benar tidak perasan yang penampilan terkini awak sangat berbeza dengan dahulu ke? Jadi, selepas saya selesai menjelaskan penampilan awak sebelum ini, awak akan gunakannya sebagai alasan lari daripada tanggungjawab awak, bukan?"
Song Shuhang: 😳
Apa yang wanita bertanda kecantikan itu katakan agak munasabah dan dia pun tidak tahu bagaimana untuk melawan hujahnya.