Selepas pulang semula, 'Pelaksana Kehendak Langit Naga Belang' merenung ke arah teratai emas di dalam sikap yang sangat dingin dan kejam. Selepas merenungnya seketika, Teratai Emas Mulis itu menjadi sangat takut sehinggakan ia menggulung daun teratainya untuk melindungi diri.
Bunga teratai itu menggulungkan daunnya seperti pokok sensitif selepas mengesan niat membunuh naga belang tersebut.
Song Shuhang, yang telah berada di tempat Teratai Emas Mulia dalam mimpi tersebut, berasa bingung. Teratai emas dan teratai hitam merupakan sesuatu yang dibesarkan sendiri oleh 'Pelaksana Kehendak Langit' dan Shuhang telah menyaksikan semua proses tersebut dengan mata kepalanya sendiri.
Oleh itu, kenapa 'Pelaksana Kehendak Langit' tiba-tiba sahaja berubah sikap, lalu mula memberikan pandangan pembunuh kepada teratai emas yang dibesarkannya sendiri?
Seluruh situasi itu terasa sangat janggal.