'Kali ini, Senior Putih tidak mempunyai sebarang alasan untuk terus hidup!'
Oleh itu, Song Shuhang terus berkata melalui penghantaran bunyi rahsia, "Senior Putih, cepatlah bangun! Penggambaran filem hampir bermula. Jadi, awak perlu bangun dan berhenti tidur!"
"Hmm~ cepatnya?" suara mengantuk Putih Yang Muli kedengaran daripada kepompong itu. Seterusnya, satu suara dihantar daripadanya.
Song Shuhang mengetuk kepompong itu dan menyambung, "Cepat? Saya rasa seperti seabad dah! Tolongla, cepatlah bangun! Lagipun, boleh awak alihkan sedikit kepompong ini selepas awak bangun? Saya tertimpa sangat lama hingga sesak nafas. Jika bukan sebab saya minum ubat syaitan naga tadi dan meningkatkan kadar otot letupan yang bertindak sebagai bantal ini, tulang rusuk saya telah patah pun!"
"Seriuslah~ kawan kecil Shuhang memang tiada kesabaran," kata Putih Yang Mulia, mendengus. "Tunggu sekejap, saya keluar sekarang."