Walaupun pemandangan di dalam mimpi itu telah berubah, dia masih berada di dalam majlis perkahwinan.
Gayanya telah berubah dan perkahwinan itu pun telah bertukar menjadi perkahwinan gaya China purba.
Persis di dalam filem, Song Shuhang merupakan pengantin lelakinya dan dia memegang tali merah yang diperbuat daripada bunga-bungaan di tangannya.
Pengantin perempuan pula, yang wajahnya ditutupi dengan vel perkahwinan gaya lama berwarna merah, memegang satu lagi bahagian hujung tali merah tersebut.
Di bawah arahan orang yang menguruskan perkahwinan tersebut, suami dan isteri menunduk kepada syurga dan bumi, kepada ibu bapa mereka dan akhirnya antara satu sama lain.
Setelah itu, pengantin lelaki melangkah ke depan dan menyelak vel merah di wajah pengantin lelaki.