Chereads / SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 667 - Abang Senior Gao Sheng Membuli Ling Ye

Chapter 667 - Abang Senior Gao Sheng Membuli Ling Ye

Senior-senior Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah yang sedang menonton ketawa dan memandang Song Shuhang dengan pandangan yang penuh belas kasihan. 

Song Shuhang, pertapa Tahap Tiga, telah terhempas dan jatuh di lantai ketika cuba melompat di atas pentas yang tidak begitu tinggi! Apa yang berlaku sangat bertentangan dengan prinsip pertapaan!

Pertapa Bebas Sungai Utara menggosok matanya dan berkata ketika ini, "Tunggu dulu, saya nampak benda bukan-bukan ke?"

Dia tidak menyedarinya tadi, namun sekarang setelah dia menumpukan perhatian yang lebih, dia ternampak lapisan 'cahaya bintang' di seluruh tubuh Song Shuhang. Lapisan 'cahaya bintang' ini merupakan sesuatu yang hanya boleh dipunyai oleh pertapa-pertapa Tahap Tiga yang telah membuka meridian pertama mereka, iaitu Meridian Bintang Berkerlipan, atau telah pun membukanya sahaja. 

Alam Tahap Tiga?

Lawak jenis apa itu!?

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS