Selepas memindahkan kotak itu ke dalam biliknya, Song Shuhang berfikir sejenak dan membuat keputusan untuk mengeluarkan pakaian abadi daripada kotak itu, lalu menyusunnya ke satu tempat.
Yu Jiaojiao bertanya, "Shuhang, awak dah buat keputusan ke hendak buat apa dengan pakaian-pakaian abadi ini?"
Song Shuhang menggelengkan kepalanya dan berkata, "Saya akan hadiahkan sebahagiannya kepada seseorang dan simpan sebahagian yang lain, bergantung kepada keadaan."
"Kalau begitu, apa yang awak nak buat dengan pakaian abadi yang dikeluarkan ini?" Yu Jiaojiao bertanya kerana ingin tahu. Mungkinkah Shuhang mahu lihat pakaian apa yang sesuai untuk pari-pari perawan tertentu?
Yu Jiaojiao tahu yang Song Shuhang berkawan dengan beberapa orang pari-pari perawan yang muda dan cantik.
"Hmm... saya tidak mahu putus asa. Saya tak percaya yang hanya ada pakaian sahaja dalam kotak ini," kata Song Shuhang dengan tegas.