Setelah melihat adegan itu, Song Shuhang melepaskan satu keluhan.
Walaupun dia telah pun tahu apa yang terjadi kepada Pavilion Air Sejernih Kristal selepas perbualannya dengan Mahaguru Pavilion Chu, rasa tidak berdaya masih memenuhi hatinya selepas melihat 3000 pemburu raksasa ini meluru ke arah pavilion itu. Dia telah pun tahu apa yang terjadi dan tidak boleh mengubahnya walau apa pun yang dilakukan.
'Apa-apa pun, adakah tidak dapat dijangka pemburu-pemburu hantu itu boleh bertindak melulu sebegini di zaman purba? Bukan sahaja mereka membunuh raksasa, mereka juga turut membantai pertapa-pertapa manusia. Adakah ini sebabnya mereka hilang daripada dunia dan bersembunyi?'
Sebaik sahaja Song Shuhang sedang berfikir dalam, suara Mahaguru Pavilion Chu terngiang-ngiang di telinganya. "Mari lepaskan adegan ini. tidak kisahlah berapa kali pun saya teringatkan memori ini, saya menjadi sedih. Jadi, marilah kita lepaskan sahaja adegan ini."